Jepun Larang Guna Produk Telekomunikasi Huawei Dan ZTE

TOKYO, 7 Disember – Kerajaan Jepun bakal melarang penggunaan produk telekomunikasi buatan Huawei dan ZTE dari China, berikutan kebimbangan tentang keselamatan siber. Akhbar Yomiuri Shimbun melaporkan, kerajaan dijangka menyemak semula peraturan perolehan dalaman bagi mengecualikan produk keluaran Huawei dan ZTE, secepat mungkin menjelang Isnin depan. Produk tempatan yang menggunakan komponen keluaran kedua-dua firma dari...

Syarikat Malaysia Digesa Jadikan Olimpik 2020 Papan Loncatan Tembusi Pasaran Halal Jepun

TOKYO, 27 November – Syarikat produk halal Malaysia perlu merebut peluang dan memanfaatkan Kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai papan loncatan untuk menembusi segmen pasaran halal di Jepun. Dalam ucapan beliau pada majlis perasmian Halal Fiesta (Halfest) Tokyo, Jepun Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata permintaan terhadap produk halal dijangka meningkat semasa kejohanan sukan tersebut kerana Jepun menjangkakan penyertaan ramai atlit dan pengunjung muslim. Sehubungan itu, ujar...

Jepun Mahu Facebook Tingkat Usaha Lindungi Data Pengguna

TOKYO, 23 Oktober – Kerajaan Jepun mengarahkan syarikat teknologi Amerika Syarikat, Facebook Inc, supaya melindungi data peribadi pengguna dengan lebih baik ekoran kesilapan pada tahun ini yang menjejaskan puluhan juta di seluruh dunia. Kerajaan meminta rangkaian media sosial terbesar dunia itu berkomunikasi sepenuhnya mengenai isu keselamatan dengan pengguna, meningkatkan pengawasan pembekal aplikasi di rangkaian...

Taufan Jebi Badai Jepun

TOKYO, 4 September – Taufan Jebi, taufan paling kuat membadai barat Jepun pada petang Selasa, sejak tempoh 25 tahun, menyebabkan perkhidmatan pengangkutan, penerbangan dan kereta api serta beberapa operasi di pusat komersial, dibatalkan. Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata, taufan yang melanda pada pukul 11 pagi waktu tempatan itu mempunyai kelajuan angin sehingga 216 kilometer...

Jepun Siap Sedia Hadapi Taufan Jebi

TOKYO, 3 September – Jepun bersiap sedia untuk berdepan dengan ancaman taufan Jebi yang dijangka melanda esok, khususnya kawasan berhampiran bandar kedua terbesarnya, Osaka, di barat negara itu. Menurut Agensi Meteorologi Jepun, taufan Jebi dijangka membawa hujan sehingga 300 milimeter dalam tempoh 24 jam sehingga pagi esok, dengan tiupan angin pada kelajuan 216 kilometer...

Abe Dijangka Terus Berkuasa, Tanding Jawatan Ketua Parti

TOKYO, 26 Ogos – Shinzo Abe pada hari ini menyatakan hasrat bertanding dalam pemilihan kepimpinan parti, ia dijangka menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Jepun yang paling lama berkhidmat. Perkembangan itu dilihat turut mengukuhkan impian beliau untuk melaksanakan reformasi perlembagaan. Abe dijangka dipilih semula secara mudah sebagai ketua parti konservatif Parti Liberal Demokrasi (LDP) memandangkan...

Simpanan Plutonium Jepun Cetus Kebimbangan

TOKYO, 18 Julai – Jepun mengumpul bekalan plutonium mencukupi untuk membuat 6,000 bom atom sebagai sebahagian program menghidupkan loji jana kuasa nuklearnya, namun kini wujud kebimbangan meningkat, simpanan itu boleh terdedah kepada pengganas dan bencana semula jadi. Satu perjanjian berdekad lamanya dengan Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan Jepun memproses semula plutonium diperbaharui semalam, namun...

Banjir Di Jepun: Angka Kematian Meningkat Kepada 100 Mangsa

TOKYO, 9 Julai – Jumlah kematian mangsa akibat banjir, berikutan hujan lebat yang melanda Jepun, sejak beberapa hari lalu, meningkat kepada 100 orang. Menurut Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga, operasi mencari dan menyelamatkan diteruskan hari ini, bagi mengesan penduduk yang terselamat dan dilaporkan hilang. Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe membatalkan...

Gunung berapi Shinmoedake meletus lagi

TOKYO, 22 Jun – Gunung berapi yang pernah dipaparkan dalam filem James Bond pada 1960-an dilaporkan meletus hari ini, buat kali pertama sejak April, sekali gus mengakibatkan memuntahkan asap setinggi ribuan meter ke udara. Kejadian itu berlaku dalam tempoh kurang seminggu selepas gempa bumi kuat melanda kawasan barat Jepun. Gunung berapi Shinmoedake, yang terletak...

Jepun kesan isyarat ujian nuklear Pyongyang

TOKYO, 28 November – Jepun mengesan isyarat radio yang menunjukkan Korea Utara mungkin sedang bersedia untuk satu lagi ujian peluru berpandu balistik. Bagaimanapun, isyarat itu bukan sesuatu yang luar biasa dan imej satelit tidak menunjukkan sebarang aktiviti terbaharu, kata sumber kerajaan Jepun hari ini. Selepas melancarkan peluru berpandu sepanjang dua hingga tiga bulan sejak...

Scroll to top