KUIM-JAKIM Jalin Kerjasama Strategik

KUALA LUMPUR, 17 Februari – Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) bakal mengorak langkah dalam memperluas kerjasama pintar dengan mengadakan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Naib Canselor KUIM, Prof. Dr. Md. Radzai Said berkata kerjasama akademik ini bertujuan untuk memberikan penekanan berkaitan skop kerjasama yang boleh dilaksanakan dan seterusnya memberi manfaat kepada kedua-dua...

Pentadbiran Islam Perlu Sentiasa Ditambahbaik

KUALA LUMPUR, 29 Januari – Pentadbiran Islam perlu menterjemahkan satu pentadbiran yang ramah, menyantuni serta pentadbiran yang inklusif dan memiliki ciri-ciri yang progresif. Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof berharap agar tiga wawasan dan prinsip utama pengurusan hal ehwal Islam yang telah disusun sebagai sebagai agenda reform yang progresif iaitu...

Restoran Vietnam Guna Logo Halal Palsu

KUANTAN, 28 Januari – Sebuah premis makanan Vietnam di Kuantan Pahang  berhadapan denda sebanyak RM250,000 kerana menyalahgunakan logo halal pada premis dan pembungkusan produk mereka. Ketua Pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata tindakan itu dikenakan berikutan ini kali kedua kedai itu mengulangi kesalahan mempamerkan...

JAKIM Perlu Wajibkan Pengusaha Restoran Ada Sijil Halal Sebelum Beroperasi

KUALA LUMPUR, 7 Januari – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu mewajibkan semua pengusaha premis makanan halal mendapatkan sijil pengesahan halal bagi kemudahan pelanggan Islam. Sehubungan itu, jelas Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutuan & Selangor (Permas) Ayob Abd Majid  syarat itu perlu bagi semua premis termasuk restoran, warung dan ‘food truck’ sama ada yang sedang beroperasi atau ingin memulakan perniagaan.​​​​​​ Langkah...

99.9 Peratus 220,011 Calon Upkk Lulus Amali Solat Dan PCHI

PUTRAJAYA, 18 Disember – Sebanyak 99.9 peratus daripada 220,011 calon Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) lulus dalam mata pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI). Dalam sidang akhbar pengumuman UPKK 2018 di Putrajaya Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Nordin Ibrahim berkata, pencapaian itu sekaligus menunjukkan bahawa...

Kerajaan Cadang Wujud Majlis Tahfiz Negara Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 28 November – Kerajaan bercadang mewujudkan Majlis Tahfiz Negara awal tahun depan dalam usaha menyelaras sekolah-sekolah tahfiz swasta yang merupakan teras kepada pendidikan tahfiz negara. Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata dengan adanya majlis itu, kerajaan dapat menambahbaik institusi tahfiz berdasarkan lima teras utama. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang ingin tahu adakah kerajaan akan meneruskan dasar membangunkan pusat tahfiz dengan menambahbaik pusat pengajian itu. Bagi menjamin keselamatan di tahfiz pula, ujar Fuziah pihak...

Sistem Jaminan Halal Malaysia Mampu Pacu Standard Halal Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 November – Masyarakat Islam di Malaysia amat prihatin dengan makanan halal. Malaysia telah jauh memacu era piawaian makanan halal di dunia. Pelbagai usaha dilakukan bagi menentukan standard halal di Malaysia. Sehubungan itu, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewajibkan semua permohonan baru pensijilan halal Malaysia dalam kategori Multinasional untuk melaksanakan Sistem...

Penerbit Drama Dinasihat Rujuk Pihak Berkuasa Agama

KUALA LUMPUR, 8 November – Pihak penerbit filem atau drama dinasihat untuk merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab seperti pejabat mufti, jabatan agama mahupun ulama supaya bahan terbitan mereka tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Mengulas lanjut Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, sekiranya dirujuk, pihaknya juga bersedia memberikan pandangan...

Belanjawan 2019 Bukti Kerajaan Komited Martabatkan Islam

PUTRAJAYA, 4 November – Belanjawan 2019 yang turut memberi tumpuan terhadap pengurusan hal ehwal Islam membuktikan kerajaan komited memartabatkan Islam di Malaysia. Justeru, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, pihaknya dapat meneruskan program meninggikan syiar Islam dengan peruntukan disalurkan kerajaan. Selain itu, ujar beliau, pihak Jakim juga akan meneruskan program-program bagi menzahirkan...

Scroll to top