Rejim Zionis Biadab Serang Jemaah Tunai Solat

BAITULMUQADDIS, 20 Februari – Lebih 10 orang penduduk Palestin dilaporkan cedera selepas polis Israel menyerang jemaah yang sedang mengerjakan solat Isya’ di Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmuqaddis. Agensi berita Wafa yang me­me­tik beberapa sumber yang eng­gan didedahkan sebagai ber­kata, kesemua mangsa cedera selepas rejim Zionis menyerang mereka dekat pintu pagar Bab al-Rahma atau...

Remaja Palestin Maut Ditembak Tentera Israel

GAZA, 13 Februari – Seorang remaja Palestin meninggal dunia pada Selasa selepas tentera Israel menyerbu penunjuk perasaan yang berhimpun di kawasan berhampiran sempadan Semenanjung Gaza dan Israel minggu lalu. Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin. Hassan Nabil Nofal, 17, ditembak di kepala oleh tentera zionis Jumaat lalu ketika...

Israel henti salur 
dana kepada Palestin

TEL AVIV, 11 Februari – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ber­ikrar untuk membekukan penyaluran dana kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) susulan pembunuhan seorang wanita Israel yang dilakukan oleh penduduk Palestin. Langkah itu dipercayai sebagai usaha terdesak Netanyahu yang mahu penggal pemerintahan beliau dilanjutkan menjelang pilihan raya umum Israel April ini. Dalam pada itu, Menteri...

Palestin Sambut Baik Kenyataan Pencabar Netanyahu

RAMALLAH, 6 Februari – Jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas iaitu Nabil Abu Rdeineh menyambut baik kenyataan dikeluarkan oleh pencabar pilihan raya kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung isu merobohkan penempatan haram di Tebing Barat. Terdahulu, bekas ketua kakitangan tentera Israel, Benny Gantz, menyatakan pengunduran Israel dari Semenanjung Gaza merupakan sesuatu yang positif. Tambah...

Israel Negara Penjenayah Yang Perlu Dikecam

KUALA LUMPUR, 28 Januari – Ketika membangkitkan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Israel adalah sebuah negara penjenayah yang wajar dikecam. Perkara itu dinyatakan oleh  Perdana Menteri dalam satu posting di blog beliau. Dalam satu tulisan yang agak keras bertajuk ‘A Genocidal State’, Tun Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat...

Israel Tahan 19 Rakyat Palestin Di Tebing Barat

BAITULMAQDIS, 24 Januari – Pasukan keselamatan Israel pada Khamis menahan 19 rakyat Palestin di Tebing Barat kerana disyaki melakukan keganasan. Menurut agensi berita Xinhua, tangkapan dibuat ketika anggota Shin Bet dan Polis Sempadan menyerbu perkampungan dan bandar di Lembah Jordan dan beberapa kawasan lain di Tebing Barat yang diduduki Israel. Tentera rejim zionis sering...

45 Penduduk Gaza Ditahan Kerana Jadi Pengintip Israel

GAZA, 9 Januari – Kementerian Dalam Negeri Palestin yang berpangkalan di Gaza pada Selasa mengumumkan penahanan sejumlah 45 rakyat negara itu yang disyaki bersekongkol dengan operasi rejim zionis  Israel untuk menyusup masuk ke Khan Younis di tenggara Gaza pada  bulan November lepas. Pengumuman itu dibuat menerusi satu video yang dikeluarkan pada Selasa oleh kementerian...

Jordan Kutuk Pencabulan Israel Ke Atas Masjid Al-Aqsa

AMMAN, 8 Januari – Jordan pada Isnin telah mengutuk pencabulan berulang kali oleh rejim Israel ke atas Masjid Al-Aqsa, Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Majed Qatarneh, menyelar tindakan menteri pertanian dan puak radikal Israel yang menyerbu perkarangan masjid itu dengan perlindungan polis rejim pada awal hari yang sama. Tegas beliau tindakan sedemikian adalah provokatif terhadap...

Zionis Rancang Tekan Banduan Palestin

BAITULMUQADDIS, 3 Januari – Rejim Israel melalui satu pelan yang disifatkan keterlaluan merancang untuk ‘memburukkan’ keadaan banduan Palestin di penjara-penjara di Israel termasuk mengehadkan bekalan air selain mengurangkan jumlah kunjungan ahli keluarga. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan yang menegaskan pelan itu akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat sebaik sahaja diluluskan...

Tentera Israel Buat Persediaan Roboh Kediaman Pesalah Rakyat Palestin

BAITULMAQDIS, 12 Disember – Tentera Israel pada Rabu berkata ia telah membuat persediaan untuk merobohkan kediaman keluarga dua pesalah rakyat Palestin yang terlibat dalam insiden tembakan pada 2016 selepas rumah mereka yang telah dirobohkan, dibina semula. Menurut agensi berita China Xinhua, pasukan tentera telah melakukan tinjauan semalaman di kediaman keluarga kedua-dua lelaki yang didakwa melakukan serangan maut...

Scroll to top