Kuota Haji Untuk Jemaah Malaysia Kekal 30,200 Orang

SEPANG, 13 Disember – Kuota haji untuk jemaah Malaysia kekal 30, 200 orang bagi tahun 2019. Sehubungan itu menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof kerajaan masih berunding dengan kerajaan Arab Saudi untuk menambah jumlah kuota selaras dengan pertumbuhan penduduk yang kini kira-kira 31 juta orang. Berdasarkan maklumat Tabung Haji, kata beliau kuota sebanyak 30, 200 jemaah...

Kuota Haji Malaysia 2019 Kekal 30,200 Orang

KUALA LUMPUR, 22 November – Dewan Rakyat diberitahu bahawa kuota rasmi jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1440H/2019M adalah seramai 30,200 orang,. Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan lisan Datin Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) berhubung kuota haji untuk 2019 berkata mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada  tahun 1978 di Amman, Jordan telah memutuskan bahwa Arab Saudi menetapkan kuota haji setiap negara pada kadar 0.1 peratus. Jumlah itu dikira berdasarkan penduduk sesebuah negara berasaskan perangkaan Prospek Populasi Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Sumber BERNAMA...

Arab Saudi Sasar Keselesaan 4.5 Juta Jemaah Guna Sistem Elektronik Pada 2030

MAKKAH, 31 Julai – Kerajaan Arab Saudi menyasarkan perjalanan haji dan umrah yang lebih selesa tanpa sebarang kegusaran apabila pengendalian jemaah umrah dan haji yang dijangka mencecah  4.5 juta orang pada 2030  dilakukan secara elektronik sepenuhnya. Demikian menurut Menteri Haji dan Umrah Dr Mohammad Saleh bin Taher Benten. Sambil menegaskan keazaman kerajaan negara itu untuk memudahkan jemaah mendapat perkhidmatan sebaik mungkin dalam bidang kesihatan, keselamatan, pengangkutan dan tempat tinggal, beliau berkata ini selari dengan Visi 2030 Arab Saudi  yang diperkenalkan oleh Putera Mahkota Mohammed...

Jemaah Haji Sabah Dinasihat Jaga Kesihatan

TAWAU, 8 Julai – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menasihatkan 1,225 jemaah haji negeri ini supaya menjaga kesihatan diri masing-masing sepanjang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah. dalam teks ucapan sempena kursus perdana haji peringkat negeri Zon Pantai Timur 1439/2018,  yang dibaca Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah...

Masyarakat Dinasihati Patuh Peraturan Jalan Raya Semasa Hantar Jemaah Haji

PUTRAJAYA, 8 Julai – Polis menasihati orang ramai yang menghantar jemaah haji ke Kompleks Tabung Haji (TH) Sepang agar mematuhi arahan dan peraturan jalan raya bagi mengelakkan kesesakan jalan di kawasan sekitar. Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ACP Zulkifli Adamshah  berkata ini termasuk meletak kenderaan di bahu jalan yang boleh menyebabkan kesesakan dan mengundang kemalangan. Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai, khususnya saudara-mara jemaah haji agar mengehadkan jumlah kenderaan yang diguna untuk menghantar bakal haji  memandangkan kawasan Masjid Sultan...

Kuota Haji Ikut Populasi Sesebuah Negara, Tiada Kaitan Politik

PUTRAJAYA, 5 Julai – Pembahagian kuota haji oleh kerajaan Arab Saudi adalah berdasarkan populasi sesebuah negara dan tidak melibatkan hal politik, Pada sidang media sebelum merasmikan majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2017 dan Graduasi Felo Muda Dakwah (FMD) di Putrajaya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh. Berkata pada  setiap tahun Malaysia akan diperuntukkan sekitar 30,000 kuota haji atau  0.01 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia yang diputuskan...

Kuota Haji Malaysia Kekal, Tiada Sekatan Seperti Didakwa

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Kuota rasmi jemaah haji Malaysia bagi tahun ini kekal 30,200 orang seperti tahun lepas, Dalam satu  kenyataan hari ini, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. berkata kuota itu adalah seperti yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi iaitu sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Justeru, TH menafikan laporan sebuah portal berita...

Penerbangan pertama haji pada 14 Julai

SEPANG, 22 Jun – Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas pada 14 Julai ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji (TH) Datuk Seri Johan Abdullah. Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH berkata penerbangan pergi terakhir pula ialah pada 15 Ogos, manakala penerbangan pulang dijadualkan pada 29 Ogos hingga 25 September. “Sebanyak 81...

Kos haji meningkat, kerajaan tanggung RM400j subsidi

KUALA LUMPUR, 3 April – Kerajaan menanggung subsidi berjumlah RM12,470 bagi setiap jemaah Haji bagi tahun 2018M atau 1439H. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah keseluruhan subsidi yang ditanggung Tabung Haji (TH) dianggarkan sebanyak RM400 juta berbanding RM300 juta bagi musim haji tahun lalu. “Kos haji bagi tahun...

Scroll to top