Kabinet Lulus Hutang RM1 Bilion Sarawak Digunakan Untuk Baik Pulih Sekolah Daif

KUCHING, 20 Februari – Kabinet telah meluluskan dan bersetuju hutang RM1 bilion kerajaan Sarawak terhadap kerajaan persekutuan akan digunakan untuk baik pulih sekolah daif di negeri itu. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan ini adalah susulan daripada persetujuan antara beliau dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari...

Dana RM50 Juta Untuk Sekolah Tahfiz Berdaftar

PUTRAJAYA, 13 Februari – Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk dimanfaatkan 815 buah sekolah tahfiz berdaftar di negara ini bagi tujuan menaik taraf dan menyelenggara sekolah berkenaan. Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Tahfiz Berdaftar di Kementerian Kewangan di Putrajaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof...

Dr Maszlee Malik Sahkan Letak Jawatan Presiden UIAM

KLUANG, 6 Januari – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini mengesahkan yang beliau sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang sepatutnya berakhir pada tahun 2021. Menurut beliau, surat perletakan jawatan telah pun ditandatanganinya dan kini menunggu pengumuman rasmi universiti berkenaan untuk pelepasan jawatan yang disandangnya bermula bulan September...

Tidak Berlaku Lambakan Pelajar Di Sekolah Harian

PUTRAJAYA, 2 Januari – Dasar kerajaan yang memberi keutamaan penempatan golongan kumpulan berpendapatan rendah (B40) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tidak akan menyebabkan lambakan pelajar di sekolah harian biasa. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata kerajaan memutuskan untuk mengembalikan semula semangat SBP dengan membantu pelajar berpotensi golongan B40 selari dengan dasar kerajaan baharu untuk menyediakan kemudahan pendidikan berkualiti. Dr...

Guru Dari Kedah, Kelantan Antara Paling Ramai Mohon Pertukaran

KUALA LUMPUR, 11 Disember – Guru yang berasal dari Kedah, Kelantan dan Terengganu merupakan antara yang paling ramai membuat permohonan pertukaran dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung. Pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata guru sekolah rendah paling ramai memohon keluar dari Sarawak ke Semenanjung adalah seramai 386 orang untuk ke Kedah, diikuti Terengganu 298 orang, Kelantan (252) dan Johor (107). Ujar...

Pelaksanaan Kaedah Bayaran Baharu Pinjaman PTPTN Ditangguh

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan penangguhan pelaksanaan kaedah bayaran balik baharu bagi pinjaman pendidikan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Dalam catatan di laman Facebook, beliau berkata:  “Kaedah pembayaran baharu PTPTN akan ditangguhkan dahulu mengambil kira keperluan untuk diadakan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh bagi mendengar pandangan dan saranan mereka”. PTPTN pada Rabu mengumumkan untuk melaksanakan Potongan Gaji Berjadual (PGB) bermula Januari depan untuk peminjam...

KPM Usaha Beri Peruntukan Kepada Sekolah Agama Rakyat

KUALA LUMPUR, 21 November – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan berusaha untuk memberi peruntukan kepada sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama persendirian dalam belanjawan tambahan kelak. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata kedua-kedua jenis sekolah berkenaan tidak termasuk dalam kategori sekolah pondok dan sekolah tahfiz tetapi merupakan sekolah agama yang menggunakan kurikulum kebangsaan dan ada tambahan pelajaran agama. Beliau...

Cadangan Untuk Wujudkan ‘Pembantu Guru’ Akan Diteruskan

BATU PAHAT, 18 November – Kementerian Pendidikan akan meneruskan cadangan untuk mewujudkan jawatan baharu yang dikenali sebagai ‘pembantu guru’ yang berperanan membantu guru-guru di negara ini melaksanakan kerja pentadbiran. Menterinya Dr Maszlee Malik berkata sekarang ini, guru-guru terbeban dengan kerja sampingan berkenaan dan mengganggu mereka melakukan tugasan hakiki untuk mengajar di sekolah masing-masing. Pada...

Maszlee Umum Akan Lepaskan Jawatan Presiden Uiam Pada Akhir Bulan Ini

PUTRAJAYA, 12 November – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, telah mengumumkan untuk melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebaik selepas istiadat konvokesyen universiti itu berakhir dan proses pelantikan pengganti beliau  selesai. Dr Maszlee dalam paparan di laman Facebook rasmi beliau pada malam tadi mendedahkan bahawa, beliau menghormati keputusan Perdana Menteri, Tun Dr...

KPM Giat Usaha Tarik Minat Universiti Luar Negara Bina Kampus Di HPTP

MUAR, 11 November – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengiatkan usaha menarik lebih banyak universiti luar negara untuk membina kampus cawangan di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP), Pagoh di Muar, Johor  selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikannya hab pendidikan serantau. Menterinya Dr Maszlee Malik berkata setakat ini pihak Universiti Muhamadiyah Prof Dr Hamka dari...

Scroll to top