100 Rakyat Malaysia Cenderung Sertai Kumpulan Pengganas

KUALA LUMPUR, 25 Oktober – Pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan masih terdapat kira-kira 100 lagi rakyat negara ini yang cenderung untuk menyertai kumpulan yang melakukan keganasan di Selatan Filipina dan Syria. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata selepas kematian ketua kumpulan Daesh Asia Tenggara dari Malaysia, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, kini tugas untuk merekrut pengganas diambil alih oleh Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin (Akil Zainal). Tambah beliau, ideologi kumpulan yang melakukan keganasan...

PDRM Pantau Pusat Tahfiz Elak Ideologi Ekstremisme Berleluasa

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau kesemua pusat tahfiz di seluruh negara sebagai langkah proaktif dan pencegahan awal bagi mengelak ideologi Salafi Jihadi dan Daesh berleluasa di negara ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata setakat ini hanya sebuah pusat tahfiz di Perlis  terlibat ideologi ekstremis berkenaan. Beliau menyatakan perkara itu ketika mengulas penahanan lapan lelaki...

52 Militan Mesir Maut Sejak Beberapa Hari

KAHERAH, 5 Ogos – Tentera Mesir dan pasukan keselamatan telah membunuh sekurang-kurangnya 52 orang yang disyaki terlibat dengan kumpulan yang melakukan keganasan sejak beberapa hari lalu. Angka berkenaan menjadikan jumlah  kumpulan  yang terbunuh sejak operasi menghapuskan kumpulan  Daesh dijalankan pada Februari lalu meningkat kepada 300 orang. Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, tentera dan...

Undang-Undang Berkaitan Keganasan Malaysia Antara Yang Terbaik

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Undang-undang berkaitan keganasan negara ini adalah antara undang-undang yang terbaik berbanding negara lain, Menurut  Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, E8 Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay  ini  kerana undang-undang berkenaan mampu menyekat sebarang ancaman berkaitan keganasan daripada peringkat awal lagi, Bercakap  kepada pemberita pada Majlis Persidangan Keselamatan di...

Tujuh Ahli Daesh Ditahan

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Polis menahan sebanyak tujuh individu dipercayai terlibat dengan kumpulan Daesh dalam beberapa operasi di Johor, Terengganu, Selangor dan Perak. Kesemua suspek itu ditahan dalam serbuan pada 12 hingga 17 Julai lalu oleh Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman. Dalam satu kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad...

Insiden Las Vegas tiada kaitan militan Daesh

LAS VEGAS, 3 Oktober – Pasukan penyiasat setakat ini mendapati insiden tembakan rambang di sini tiada kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa yang menyaksikan 58 orang terbunuh manakala 515 lagi cedera, kata seorang ejen khas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) semalam. Kumpulan militan Daesh, menerusi agensi propagandanya, sebelum ini mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan itu, mendakwa...

DAESH Ancaman Nyata

KUALA LUMPUR, 28 OGOS – Pemantauan terhadap keselamatan rakyat Malaysia terus dipergiat dan dipertingkatkan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM)  terutama menjelang perhimpunan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang bakal berlangsung Khamis ini. Mengulas lanjut, Ketua Pengarah Cawangan Khas E8 Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyebut langkah-langkah memerangi keganasan sentiasa diteruskan kerana...

PBB Kenakan Sekatan Ke Atas Kumpulan, Syarikat Dan Individu Ada Kaitan Dengan Daesh, al-Qaida

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 21 Julai  – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis sebulat suara menyokong resolusi bagi mengenakan sekatan ke atas dua kumpulan bersenjata, dua syarikat perniagaan serta empat individu yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Daesh dan al-Qaida, lapor agensi berita China Xinhua. Dua kumpulan bersenjata iaitu Jund al Aqsa dan Jaysh...

Pertempuran Di Marawi Beri Peringatan Tentang Pengaruh Daesh Semakin Meningkat Di Asia Tenggara

BANGKOK, 2 Julai – Pertempuran selama sebulan bagi menguasai bandar Marawi di Mindanao antara tentera Filipina dan militan yang bersumpah taat setia kepada pemimpin Daesh (Negara Islam), Abu Bakar al-Baghdadi memberi peringatan supaya tidak memandang ringan terhadap ancaman kumpulan pengganas itu di Asia Tenggara. Pertempuran sengit di jalanan di Marawi yang meragut nyawa beratus-ratus...

Serangan di Masjid Finsbury tanda Islamophobia di Eropah meningkat: OIC

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam serangan keganasan terhadap umat Islam berhampiran Masjid Finsbury Park, London Isnin lalu, yang dikhuatiri berpunca daripada peningkatan gejala Islamophobia di Eropah. Pertubuhan itu dalam satu kenyataan media berkata, serangan yang menyasarkan penganut mana-mana agama adalah serangan terhadap nilai kemanusiaan sejagat. Setiausaha Agungnya, Dr Yousef...

Scroll to top