Pengarah Operasi Mekah 1438 Hijrah, Datuk Ahmad Sohaimi Abd Rahim berkata, dengan peranan besar sebagai nadi penggerak dalam operasi haji di Tanah Suci ini, lima gerakan responsif teknologi diaplikasikan secara agresif.

“Sudah tentulah Pusat Operasi Maklumat ini begitu penting kerana ia mengawal segala maklumat yang diikuti dengan tindakan cepat dan tepat dalam kejayaan operasi haji ini,” katanya kepada wartawan Malaysia di hotel Abraj Al-Janadriyah di sini hari ini.

Katanya, penggunaan teknologi mengurus di Pusat Maklumat Operasi ini adalah pemakaian sistem Bravo (perhubungan), penggunaan aplikasi `hajj-mobility’, kemudahan SMS Blast, sistem maklumat bersepadu dan `dashboard’ haji.

Sumber UTUSAN ONLINE