Solat Sunat Aidilfitri diawalkan

SHAH ALAM, 14 Jun – Solat sunat Aidilfitri di Selangor diawalkan pada  pukul  8 pagi esok bagi membolehkan umat Islam mempunyai masa yang cukup menziarahi sanak saudara berikutan hari raya pertama jatuh pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, dalam satu kenyataan media, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Ketua Agama Islam di negeri ini berkenan dan menitahkan agar pelaksanaan Solat Sunat Aidilfitri 1439H ditetapkan pada jam 8 pagi sekiranya 1 Syawal 1439H jatuh pada hari Jumaat.

Ujar beliau , keputusan itu dibuat bagi memastikan sambutan hari raya tidak menjejaskan kewajipan umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Pada masa sama, Datuk Haris turut mengingatkan masyarakat Islam di Selangor agar menyambut kehadiran Aidilfitri dengan kesederhanaan serta mengeratkan hubungan silaturahim dan saling menziarahi keluarga dan sahabat handai.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.