Solat hajat untuk keselamatan rakyat Malaysia – Najib

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Datuk Seri Najib Razak serta delegasinya yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi akan mengadakan solat hajat malam ini bagi mendoakan keselamatan rakyat Malaysia terutama di Sabah.

Perdana Menteri berkata, walaupun beliau berada di Jeddah untuk lawatan rasmi, Menteri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi yang terbabit dengan kerja menyelamat dan pemantauan di Sabah sentiasa memaklumkan perkembangan terkini.

“Insya-Allah, bersama-sama mereka yang ada di sini (Arab Saudi), solat hajat akan diadakan malam ini. Moga Allah SWT memelihara rakyat Malaysia terutamanya di Sabah dan memudahkan usaha menyelamat.

“Saya harap semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa atau agama akan terus berdoa untuk keselamatan rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau, hari ini.

Najib juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan memberi jaminan segala usaha sedang dilakukan agensi kerajaan untuk mencari dan menyelamat semua yang masih terkandas di kawasan pergunungan.

“Anggota serta aset Angkatan Tentera Malaysia berada pada keadaan bersiap sedia untuk dikerahkan, manakala Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang terdiri daripada paramedik, jurutera dan penyelamat telah pun digerakkan bagi membantu dalam apa bentuk sekalipun.

“Wajarlah kita berterima kasih kepada semua yang membantu usaha pencarian, terutamanya malim gunung yang banyak berkorban bagi membantu mangsa gempa bumi,'” katanya.

Najib turut menzahirkan rasa sedihnya apabila membaca laporan kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah ketika ini yang telah mengorbankan 18 mangsa.

“Begitu ramai nyawa yang terkorban, infrastruktur dan bangunan yang mengalami kerosakan. Ada juga masih belum di jumpa,” katanya.

Sumber BERITA HARIAN

65total visits,1visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm