5 JUTA RAKYAT MALAYSIA DIANGGARKAN BERISIKO HIDAP PENYAKIT PRADIABETES, DIABETES

Putrajaya, 24 April (IKIM) – 5 juta rakyat Malaysia dianggarkan telah terdedah dengan pradiabetes dan diabetes ketika ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.

Menurut beliau, 50 peratus kos rawatan bernilai hampir 4 bilion digunakan dalam peruntukan tahunan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bagi mengurus penyakit diabetes ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata usaha mengurangkan kadar diabetes akan dilakukan melalui saringan yang dijalankan dengan memberikan rawatan dan perkhidmatan nasihat kepada para pesakit agar mengubah gaya hidup mereka.

“Sememangnya kita cuba untuk mengurangkan kadar melalui saringan yang kita lakukan di situlah kita akan dapat memberikan rawatan dan juga perkhidmatan nasihat kepada klien-klien kita agar untuk mengubah gaya hidup” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program ‘Stand Against Prediabetes; Don’t Sugarcoat It’s (SAPd) dengan tema ‘Saring, Sahkan, Runding dan Ubah’ di sini hari ini.

Jelasnya, pada tahun ini KKM mencadangkan akan memberikan fokus untuk melakukan kepelbagaian aktiviti gaya hidup seperti Bulan Malaysia Sihat pada September kelak dengan memperluaskan kepada semua kementerian sebagai inisiatif memerangi diabetes.

Scroll to Top