BANK RAKYAT MENYALURKAN RM83,000 kepada penduduk LUAR BANDAR di pulau ketam MELALUI JARIAH AL-BARAKAH

KUALA PERLIS, 25 Mac (IKIM) -Penyerahan sumbangan berjumlah RM83,000 daripada Bank Rakyat telah disalurkan menerusi platform Jariah Al-Barakah bagi meningkatkan produktiviti ekonomi penduduk dan memperkasa usahawan luar bandar di Pulau Ketam, Kuala Perlis.

Bank rakyat dalam satu kenyataan berkata, inisiatif ini dilakukan selaras dengan konsep Malaysia Madani bagi membantu membina masyarakat yang progresif dan inklusif untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan secara keseluruhan.

Menerusi inisiatif ini, sumbangan RM48,000 disalurkan oleh Jariah Al-Barakah Bank Rakyat untuk pembelian teknologi Solar Dome Dryer atau Kubah Pengering Solar manakala RM35,000 diberikan kepada ASNAFPRENEUR dalam membantu usahawan asnaf yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Bank Rakyat turut menyalurkan bantuan zakat sebanyak RM10,000 kepada Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Seberang Ramai, Kuala Perlis bertujuan mengimarahkan masjid dengan pelbagai program atau aktiviti yang bermanfaat kepada masyarakat.

Jāriah Al-Barakah merupakan platform yang memberikan galakkan kepada masyarakat untuk mengerjakan amalan bersedekah demi kesejahteraan bersama dan hasil kutipan yang diperoleh akan dilaburkan kemudian keuntungannya akan disalurkan bagi tujuan pembangunan sektor pendidikan, kesihatan serta pemerkasaan ekonomi masyarakat.

Scroll to Top