Singapura kecam serangan terhadap Arab Saudi

SINGAPORE, 27 Mac – Singapura mengecam serangan peluru berpandu Yaman ke atas Arab Saudi, menyasarkan kawasan perumahan di Riyadh dan bandar-bandar lain di sekitar pada Ahad, menyebabkan seorang maut dan dua cedera.

Menurut kenyataan pada Isnin, Menteri Hubungan Luar (MFA) republik itu berkata, “Tiada justifikasi bagi tindakan menyasarkan penduduk awam. Kami merakamkan rasa simpati kepada mangsa dan juga keluarga mereka.”

“Kami menyeru semua pihak untuk mengambil langkah mengawal diri dan menghentikan permusuhan bagi memastikan keselamatan penduduk awam serta mencari penyelesaian aman dalam menangani konflik di Yaman,” katanya.

MFA dan Kedutaan Singapura di Riyadh saling berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi memantau situasi tersebut.

Tujuh peluru berpandu balistik dilaporkan dilepaskan dari Yaman dan semua berjaya dipintas, kecuali satu yang mengenai kawasan perumahan.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my