Siasatan Tembakan Di Gaza: Israel Panggil 3 Duta

BAITULMAQDIS, 22 Mei – Israel memanggil Duta Sepanyol, Slovenia dan Belgium berhubung undian mereka dalam sebuah badan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa siasatan antarabangsa terhadap insiden tembakan yang membunuh ratusan rakyat Palestin di sempadan Gaza.

Kementerian Luar Israel berkata, Duta Sepanyol dan Slovenia dipanggil semalam sementara wakil Belgium akan hadir hari ini.

Majlis Hak Asasi PBB (UNHCR) mengundi Jumaat lalu untuk menghantar pasukan penyiasat jenayah perang bagi menyiasat insiden.

Tiga negara Eropah berkenaan antara 29 yang mengundi menyokong siasatan.

Dua daripada 47 anggota majlis iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Australia, mengundi menentang resolusi itu sementara 14 berkecuali termasuk Britain, Switzerland dan Jerman.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.