Shukri Abdull Ketua Pesuruhjaya Baharu SPRM

PETALING JAYA, 17 Mei – Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull dinamakan untuk menerajui badan tersebut menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletak jawatan pada Isnin lepas.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Datuk Seri Shukri mengambil keputusan bersara wajib pada 2016 ketika sedang menyiasat kes berprofil tinggi termasuk berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.