Shahidan: SOP banjir diperinci semula

Jumlah Hits : 22
Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

KANGAR Jawatankuasa Bencana Negara akan memperinci semula prosedur Operasi Standard (SOP) banjir bagi memastikan pelaksanaannya kelak mengikut model negara maju.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ia dibuat berdasarkan pandangan menyeluruh pihak-pihak yang terbabit dengan banjir besar baru-baru ini.

“Keputusan jawatankuasa ini tidak bersandarkan pada satu atau dua pandangan sahaja malah semua pihak, orang ramai, mangsa, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menyampaikan wang ihsan kepada 435 mangsa banjir di Perlis yang berpindah ke pusat pemindahan. Setiap keluarga menerima RM500. Shahidan berkata, perkara penting dalam SOP itu ialah memastikan setiap orang yang diarahkan berpindah mesti berpindah apabila arahan dikeluarkan kerana ramai tidak mematuhi arahan berpindah semasa banjir baru-baru ini.

“Di negara maju seperti Jepun, orang ramai berpindah sebaik arahan dikeluarkan dan mereka kembali apabila dibenarkan. Sebab itu kemalangan atau korban nyawa amat sedikit. Ini yang hendak dilaksanakan,” tambahnya.

Shahidan berkata, jawatankuasa turut mengambil kira keselamatan harta benda pemilik rumah yang diarahkan berpindah kerana ia antara sebab ramai enggan berpindah sehinggalah air mencapai bumbung rumah.

Katanya latihan simulasi untuk pegawai kerajaan termasuk pasukan keselamatan dibuat kira-kira enam bulan sebelum banjir besar melanda akhir tahun lepas.

Latihan berikutnya melibatkan sukarelawan, NGO dan orang ramai akan dibuat dalam masa terdekat untuk melihat keberkesanan SOP yang ditambah baik, tambahnya.

Menurutnya bot-bot persendirian di kawasan mudah dilanda banjir akan didaftarkan dengan pihak berkuasa supaya dapat digunakan serta-merta dalam situasi kecemasan.

Shahidan berkata, pihak berkuasa dapat menguruskan dengan baik bantuan serta mangsa, banjir besar yang luar biasa di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak baru-baru ini cuma berlaku sedikit masalah pada hari pertama dan kedua.

Mengenai pemberian wang ihsan kepada mangsa banjir yang tidak berpindah, beliau berkata pertimbangan untuk mereka dibuat berbeza dengan mangsa yang berpindah dan keputusannya akan dimaklumkan kemudian. – Bernama

Tagged with:

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  PETA LAMAN PROGRAM
  Profil Penyampai Dunia Ekonomi
  Program Tafsir Al-Quran
  Interaktif Islam Itu Indah
  Galeri Topik Jumaat
  Info  
  Hubungi Kami INTERAKTIF
    Radio Dalam Talian
    Facebook
    Twitter
    SMS
    Undian Carta IKIM
  GALERI HUBUNGI KAMI
  Foto Konti
  Audio Peta
  Video Maklumbalas
   
  INFO  
  Frekuensi  
  Waktu Solat  
  IKIMfm  

LANGGAN BULETIN KAMI