Serangan Pengganas di Jambatan London

PUTRAJAYA, 4 Jun – Kementerian Luar Negeri sedang memantau dengan rapi insiden serangan di Jambatan London yang berlaku pada hari Sabtu, 3 Jun 2017. Sehingga kini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut. Warganegara Malaysia yang menetap di sekitar kawasan yang terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuh dengan arahan pihak berkuasa tempatan.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan telah memberi maklumat terkini dan segera kepada komuniti Malaysia di sekitar London berhubung kejadian tersebut. Untuk sebarang kecemasan, sila hubungi pejabat berikut untuk keterangan lanjut:

Suruhunjaya Tinggi Malaysia, London
Alamat sementara: 52 Bedford Row, London WC1R 4LR
Tel.: + 44 (0) 207 242 4308
E-mel: mwlondon.kln@1govuc.gov.my

Kementerian Luar Negeri merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden ini.

Sumber Kementerian Luar Negeri

Kongsi artikel ini di:

Pentadbir Laman Web

Pentadbir Laman Web IKIMfm