Sanusi Junid Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia di kediamannya di Pantai Dalam, pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh bekas setiausaha akhbarnya Aziman Hasan ketika dihubungi Bernama, yang memaklumkan Sanusi, 75, meninggal sebelum subuh.

Tanpa mendedahkan punca Allahyarham meninggal dunia, Aziman berkata jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Pentadbir Laman Web

Pentadbir Laman Web IKIMfm