Sambutan Sempena 25 Tahun IKIM

KUALA LUMPUR, 12 Januari  Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-25 pada 18 Februari 2017 bersamaan 21 Jamadilawal 1438H. IKIM ditubuhkan pada 18 Februari 1992 bersamaan 14 Sya’ban 1412H di bawah Akta Syarikat 1965. Tujuan utama IKIM ditubuhkan adalah untuk meningkatkan kefahaman Islam dari pelbagai sudut ilmu untuk orang Islam dan bukan Islam.

Di antara objektif utama penubuhan IKIM adalah memberi kefahaman Islam untuk menjalankan penyelidikan dan perundingan sudut pandangan kerohanian, di samping menyediakan satu forum bagi sarjana Islam dan bukan Islam untuk berbincang dan menganalisis pelbagai isu untuk mewujudkan kesedaran dan kefahaman yang mendalam mengenai isu-isu semasa serta menjadi sumber maklumat kepada umat Islam dan bukan Islam di peringkat lokal dan global.

Sehubungan itu, bagi memperkukuhkan lagi tekadnya untuk melestarikan mandat penubuhannya, dan bersempena 25 tahun pada tahun 2017 ini, beberapa program dan aktiviti sepanjang tahun ini dan tema umum sambutan ulangtahun ke-25 ini ialah kelestarian dan ketamadunan telah dirancangkan. Sebagai pembuka tirai sebuah Seminar Antarabangsa “Religion and Civilizational Sustainability” yang akan berlangsung pada 20-21 Februari 2017 di Dewan Besar IKIM.  Seminar dua hari ini akan mengenengahkan pakar-pakar antarabangsa dalam berbagai bidang masing-masing yang berkaitan dengan kelestarian masing-masing untuk mengupas tajuk seminar ini.  Antara tokoh yang akan hadir termasuklah Dr. Eric Winkel dari Mexico, Prof. Dr. Odeh Rashed Al-Jayyousi dari Bahrain, Prof. Robert W. Hefner dari Universiti Boston, Prof. Robert W. Hefner dari University of Luxembourg serta beberapa pakar lain.

Bagi memberi tumpuan kepada sumbangan warga kerjanya, sempena 25 tahun IKIM ini, seorang daripada warga kerja juga akan diberi anugerah sebagai warga kerja yang cemerlang di dalam perkhidmatan. Pengumuman penerima anugerah akan dilaksanakan pada majlis perasmian seminar antarabangsa pada 20 Februari nanti.  Penerima anugerah jubli perak ini akan dinilai dari pelbagai sudut yang boleh dijadikan teladan. Di antara ciri-ciri penilaian termasuklah keperibadian unggul, berfikiran positif, mempunyai kekuatan jati diri dan lain-lain.

Dalam aspek penyebaran ilmu dan kefahaman dan sebagai Institusi yang menunjangi public scholarship di sepanjang 25 tahun ini, IKIM telah membentuk penyiaran yang terbaik untuk masyarakat  yang setia mengikuti pelbagai program di IKIM.fm dan tvIKIM.  Untuk meraikan para pendengar Radio IKIMfm yang kini berjumlah lebih 1 juta dan penonton tvIKIM, Pusat Media IKIM akan menganjurkan karnival IKIM dan konsert khas di antara 31 Mac hingga 2 April 2017 nanti.

IKIM akan turut melancarkan buku-buku baharu terbitannya dan juga rancangan-rancangan tvIKIM yang baharu seperti program bual bicara, dokumentari, e-learning dan lain-lain mengikut kesesuaian dan keperluan masyarakat.

Sebuah logo khas sempena 25 tahun IKIM telah dicipta dan logo ini akan digunakan sepanjang tahun 2017 di dalam semua medium perhubungan sama ada menerusi surat, brosur, emel, laman web dan lain-lain bagi tujuan mewar-warkan kewujudan IKIM yang telah mencapai suku abad ini.

396total visits,1visits today

Pentadbir Laman Web

Pentadbir Laman Web IKIMfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm