Sambut Aidilfitri Dengan Sifat Tawaduk, Ukhwah

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Umat Islam terutama golongan belia diseru mengamalkan sifat tawaduk dan ukhwah dalam menyambut perayaan Aidilfitri demi keharmonian dan kesejahteraan yang berterusan sesama manusia.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) Ahmad Saparudin Yusup berkata, generasi muda perlu mengambil peluang ini untuk bermaaf-maafan, menziarahi sanak saudara dan rakan bagi mengukuhkan silaturahim.

Sementara itu, beliau juga berkata  kes kemalangan maut sempena musim perayaan kali ini boleh dikurangkan sekiranya orang ramai  mengamalkan gaya pemanduan yang berhemah.

Tambah beliau , kempen keselamatan jalan raya yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati ketika pulang berhari raya.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top