Saidina Said ibn Musayyib

ABDULLAH ibn Muhammad berkata, Saidina Said berkata kepada kami malah ini apa yang beliau tuturkan setiap hari “tidak ada yang lebih menjadikan hamba berwibawa selain taat kepada Allah SWT dan tiada yang menjadikan seorang hamba itu hina melainkan berbuat maksiat kepada Allah SWT”.  Menerusi segmen Ibrah (Salafus Soleh) yang bersiaran di IKIMfm setiap Isnin, Ustaz Muhadir Hj. Joll berkongsi kisah mengenai Saidina Said ibn Musayyib. Imam Qatadah berkata “tidak pernah saya lihat orang yang telebih alim berbanding Imam Said”.

Imam Ali ibn Al-Madini, seorang ulama hadith bab periwayatan berkata “tidak saya tahu di kalangan tabiin waktu ini yang ilmunya sangt luas melainkan Imam Said. Beliau tabiin yang paling hebt di sisiku”. Manakala Shihab ibn Ubad al-Asri menceritakan saat dia mengerjakan haji dan ke Madinah untuk ziarah dan bertanya kepada penduduk Madinah, siapa yang paling alim di Madinah. Lalu mereka menjawab “Saidina Said ibn Musayyab”. Sejarah menceritakan, Saidina Said seorang yang sangat menghormati Rasulullah SAW. Yaakub al-Musayyib berkata “al-Mutallib ibn Hanzab menziarahi Saidina Said ketika beliau sakit dan bertanya mengenai hadith saat beliau sedang berbaring. Lalu Imam Said berkata : dududkkan aku, lalu mereka mendudukkanny, katanya “saya tidak cerita tentang hadith Nabi SAW sedangkan saya baring”. Ini menunjukkan beliau sangat mencintai Nabi SAW dan memuliakan hadith Nabi SAW.

Selain terkenal dengan ilmu feqah, Saidina Said juga terkenal dengan mentafsir mimpi. Imam al-Wakibi “Saidina Said adalah orang yang pandai mentafsir mimpi, beliau belajar daripada Asma’ binti Abu Bakar dan Asma’ belajar daripada ayahnya”. Kisah tafsir mimpi pernah diceritakan oleh Imam Ismail bin Abi Hakim, ada seorang lelaki berkata “did alam mimpi aku melihat, seolah-olah khalifah Malik ibn Marwan ketika itu mengelilingi masjid Nabawi sebanyak 4 kali. Aku ceritakan mimpi ini kepada Saidina Said : kalau betullah apa yang kamu lihat did alam mimpimu, nanti beliau akan diwarisi daripada keturunan Khalifah Malik Marwan ada empat orang anaknya menjadi khalifah”. Sejarah membuktikan kisah ini benar-benar berlaku. Manakala Imam al-Hassan ibn Ali berkata saat beliau mimpi solah-olah kedua matanya ayat pertama surah al-Ikhlas. Kemudian Saidina Said berkata “kalau benar mimpi itu, ajal dah nak dekat”. Al-Hassan ibn Ali wafat selepas beberapa hari peristiwa itu.

Terdapat satu kisah mengenai mimpi al-Imam al-Hassan al-Bashri, pernah bermimpi berada di kandang kambing, kemudian dadanya terbuka sambil memegang tongkat. Lalu Imam Al-Hassan al-Bashri menghantar anak murid berjumpa dengan Saidina Said dan memaklumkan mengenai mimpi gurunya. Saidina Said mendengarkan kisah mimpi itu sambil merenung dan beliau katakan “beritahu pada guru kamu, sekiranya dia mimpi, jngan berkata orang lain yang mimpi”. Anak muridnya kembali dan maklumkan perkara tersebut kepada gurunya. Setelah itu, Imam Al-Hassan al-Bashri pergi kepada Saidina Said dan bertanya bagaimana Saidina Said tahu bahawa dia yang bermimpi. Saidina Said menjawab kepada Imam Al-Hassan al-Bashri “saya tahu kerana isyarat-isyarat dalam mimpi ini isyarat-isyarat yang besar dan tidak mungkin berlaku pada insan-insan biasa. Mimpi berada di kandang kambing itu tandanya tawaduk dan di Iraq itu Imam Hassn al-Bashri yang paling tawaduk. Mimpi dada terbuka menunjukkan Imam Hassan al-Basri yang terbuka dalam menerima kebenaran. Manakala mimpi mengenai tongkat itu, sekalipun kamu seorang yang terbuka, namun sentiasa berpegang pada kebenaran”.

Beliau seorang yang sering menasihati orang lain. Antara kata-kata hikmah beliau “tidak ada yang lebih mudah bagi syaitan untuk menggoda kecuali melalui permpuan”. Beliau juga prnah menyebut “siapa yang dia kaya dengan Allah SWT, nescaya dia tidak berhajat kepada manusia”. Saidina Said meninggal dunia pada tahun 94 Hijrah di Madinah ketika berusia 79 tahun. Abdul Hakam ibn Abdullah ibn Abi Furwah berkata saat menyaksikan kematian Saidina Said “aku melihat kuburnya telah pun disiram oleh air. Tahun ini dikatakan tahun ahli fuqaha’ kerana ramai ahli feqah meninggal dunia pada tahun tersebut”.

Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 18 Disember 2017
\"\"
Scroll to Top