Rawatan terapi ozon diharamkan

PUTRAJAYA, 3 Mei – Kementerian Kesihatan mengharamkan rawatan terapi ozon di semua pusat kecantikan dan klinik kerana ia boleh menyebabkan komplikasi perubatan sehingga menyebabkan kematian.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata penilaian teknologi kesihatan yang dijalankan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM (MaHTAS) mendapati tiada sebarang manfaat diperoleh pesakit yang menjalani rawatan berkenaan, sebaliknya ia hanya membahayakan nyawa pengguna.

Katanya, segala kelengkapan seperti mesin yang digunakan untuk rawatan itu juga tidak didaftarkan di bawah Pihak Berkuasa Peranti Perubatan.

“Saya beri tempoh sehingga 1 Julai ini kepada semua pembuat, pengimport atau yang meletakan mesin berkenaan di dalam pasaran untuk menarik balik mesin berkenaan.

“Kegagalan untuk mematuhi ketetapan ini boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan undang-undang dan didenda sehingga RM200,000 atau penjara tiga tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media di kementeriannya, di sini, hari ini.

Dr Subramaniam berkata, mereka yang menerima rawatan berkenaan berisiko untuk mengalami pendarahan kerana menggunakan heparin iaitu ubat untuk mencairkan darah.

“Selain itu, mereka juga akan mengalami embolism atau penyekatan salur darah oleh gelembung udara, jangkitan kuman dari alatan yang tidak disteril serta hilang upaya kekal akibat kegagalan organ seperti buah pinggang,” katanya.

Beliau berkata, dakwaan awatan terapi ozon boleh melambatkan penuaan, meningkatkan tenaga dan memutihkan kulit adalah tidak benar.

141total visits,1visits today

Nik Hasnah Ismail

Bertugas sebagai Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa dan juga Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm. Telah berkhidmat di IKIMfm selama 13 tahun. Anak kelahiran Kuala Besut Terengganu ini memiliki kelulusan Sarjana Muda Pengajian Media Universiti Malaya dan Sarjana dalam Pengajian Peradaban juga dari universiti yang sama. Sering diundang untuk mengendalikan bengkel media di IPTA. Beliau turut menulis dalam akhbar tempatan dan amat meminati bidang penulisan dan motivasi. Beliau boleh dihubungi melalui emel nikhasnah@ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm