Raus, Zulkefli Hantar Surat Peletakan Jawatan Pada 7 Jun Lepas

PUTRAJAYA, 13 Jun – Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin telah menghantar surat peletakan  jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 7 Jun lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada hari ini, peletakan  jawatan mereka akan berkuat kuasa pada 31 Julai ini.

Peletakan jawatan mereka itu telah diperkenankan Yang-di Pertuan Agong pada 8 Jun dan mereka telah dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit, Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara bertarikh 11 Jun.

Menurut kenyataan itu, lagi Tun Raus dan Tan Sri Zulkefli telah berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 15 Mei lepas dan telah menyampaikan hasrat mereka untuk meletakkan jawatan.

Bagaimanapun,Tun  Raus dan Tan Sri Zulkefli telah memaklumkan kepada Dr Mahathir bahawa peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada tarikh yang munasabah untuk membolehkan segala urusan kehakiman diselesaikan

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.