Rakyat Sambut Kemerdekaan Ke-57 Dengan Patrotisme Tinggi

Tema dan Logo Kemerdekaan 57 Malaysia Tahun 2014KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Rakyat Malaysia dari segenap lapisan dan kaum hari ini menyambut Hari Kemerdekaan ke-57 dengan semangat patriotisme  tinggi serta kental menghadapi apa juga cabaran selepas bangkit daripada kedukaan tragedi MH17. Sambutan bertemakan ‘Malaysia…Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta‘ di lokasi-lokasi utama sambutan di seluruh negara dibanjiri orang ramai sejak awal pagi.

Di Dataran Merdeka, lebih 14,000 peserta daripada 23 kontinjen menyertai perbarisan sambutan dan kontinjen-kontinjen ini terdiri daripada pasukan keselamatan, kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, syarikat-syarikat telekomunikasi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pancaragam.

Acara perbarisan bermula tepat pukul 8.05 pagi sebaik sahaja detikan di jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad berbunyi sebanyak lapan kali, sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Pada masa yang sama, bunyi deruan helikopter di ruang udara Dataran Merdeka memecah suasana apabila lima helikopter iaitu dua EC 725 AP milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dua pesawat Augusta 109 milik pasukan udara Tentera Darat Malaysia (TDM), sebuah pesawat jenis Fennec milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat lintas hormat semasa ketibaan Seri Paduka berdua.

67total visits,2visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm