Raja Dr.Nazrin dimasyhurkan Sultan Perak ke-35

sultan dr. Nazrin Shah-1

29 Mei 2014 – Raja Dr. Nazrin Muizuddin Shah ibn Almarhum Azlan Muhibbudin Shah, 58, dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35, menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam. Istiadat Pelantikan Raja Pemerintah Perak yang baharu itu berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar, pada jam 3.14 petang.

Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zainuddin. Dalam lafaz sumpah, Sultan Dr Nazrin Shah bertitah: “Bismillahirrahmanirrahim… adalah kita, Raja Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi Wabillahi Watallahi bahawa kita mengaku memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian jajahan takluknya menurut perlembagaan negeri Perak dengan adil mengikut hukum Allah.”

Susulan itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria membaca doa selamat.

Sultan Dr Nazrin Shah kemudian meletakkan tangan kanan baginda atas keranda jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai syarat supaya keranda diangkat dan diusung keluar untuk istiadat pemakaman. Serentak itu, bedilan meriam sebanyak 86 das mengikut umur Almarhum dilepaskan oleh pasukan Bateri Rejimen Artileri Diraja.

Bedilan itu bermula dari Sultan Perak meletakkan tangan sehingga jenazah diusung ke Makam Diraja bersebelahan Masjid Ubudiah.

Laporan berita sebelum ini menyebut Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin mempengerusikan mesyuarat pelantikan berlangsung di Istana Iskandariah.

Mesyuarat khas itu diadakan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII yang antara lain menetapkan Dewan Negara hendaklah bermesyuarat di Kuala Kangsar dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah.

pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu itu akan berlangsung selepas orang ramai dan orang kenamaan menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Sultan Azlan Shah. Ayob berkata istiadat

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari Rabu dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar Khamis.

Berikut adalah sedikit Biodata Sultan  Nazrin Shah 

BIODATA: Sultan Dr. Nazrin Shah Almarhum Sultan Azlan Shah

  • Diputerakan pada 27 November 1956
  • Putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun Mohd Ali
  • Ditabalkan sebagai Raja Muda Perak pada 19 April 1987
  • Berkahwin dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson pada 17 Mei 2007
  • Anakanda: Raja Mudzaffar Azlan Shah, Raja Nazira Safya Shah

Pendidikan

  • Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England (1979)
  • Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat (1984)

Khidmat

  • Pro Canselor Universiti Malaya bermula tahun 1989
  • Pengerusi Yayasan Hoki Malaysia bermula tahun 1992 hingga 2005
  • Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Kongsi artikel ini di:

Nik Hasnah Ismail

Bertugas sebagai Pengurus Program Radio. Telah berkhidmat di IKIMfm selama 16 tahun. Anak kelahiran Kuala Besut Terengganu ini memiliki kelulusan Sarjana Muda Pengajian Media Universiti Malaya dan Sarjana dalam Pengajian Peradaban juga dari universiti yang sama. Sering diundang untuk mengendalikan bengkel media di IPTA. Beliau turut menulis dalam akhbar tempatan dan amat meminati bidang penulisan dan motivasi. Beliau boleh dihubungi melalui emel nikhasnah@ikimfm.my