Raja Abdullah II Tiba Di Arab Saudi, Bincang Kemelut Ekonomi Jordan

RIYADH, 11 Jun – Raja Jordan Raja Abdullah II tiba di Jeddah pada Ahad untuk mengadakan perbincangan mengenai krisis ekonomi Jordan, lapor agensi berita Xinhua, memetik saluran berita Al Arabiya Arab Saudi.

Kedatangan pemimpin Jordan itu atas jemputan pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Terdahulu pada Sabtu, pemerintah Arab Saudi mengundang pemimpin Jordan, Kuwait dan Abu Dhabi untuk bersidang di Mekah bagi berbincang krisis ekonomi yang melanda Jordan.

Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, dan Raja Saman bersetuju untuk menyertai perbincangan sebagai tanda sokongan ke atas usaha Jordan mengatasi kemelut ekonomi.

Jordan dibelenggu kontroversi susulan bantahan di seluruh negara selepas kerajaan mengumumkan rang undang-undang cukai, yang membawa kepada peletakan jawatan bekas perdana menteri Hani Mulki dan barisan kabinetnya.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.