Proses Bali komited banteras jenayah rentas sempadan

NUSA DUA (BALI), 23 Mac – Penjenayah yang mendalangi pemerdagangan dan penyeludupan manusia mempunyai kaitan rapat dengan gejala rasuah, pengubahan wang haram serta pengedaran dadah merentasi sempadan.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, berkata usaha membanteras jenayah itu memerlukan komitmen tinggi negara Proses Bali Mengenai Penyeludupan dan Pemerdagangan Manusia serta Jenayah Rentas Sempadan Berkaitan (Proses Bali), khususnya dari segi pelaksanaan hukuman.

“Penyeludupan dan pemerdagangan manusia adalah akar umbi terhadap jenayah rentas sempadan, maka pelaksanaan undang-undang ke atas jenayah ini perlu dilakukan dengan tegas.

“Pada masa sama, negara anggota Proses Bali diharap mengimbangi ketegasan itu dengan perlindungan terhadap mangsa dan tindak balas atas dasar kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Proses Bali Peringkat Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali (BICC) di sini, hari ini.

Proses Bali dipengerusikan bersama Indonesia dan Australia yang diwakili Menteri Luar, Julie Bishop. Malaysia diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Malaysia memohon untuk mengemukakan celahan pada mesyuarat hari ini.

Retno berkata, Sasaran Pembangunan Mapan (SDGs) boleh dijadikan panduan dalam usaha mempercepatkan penyelesaian terhadap masalah pelarian ekonomi.

131total visits,3visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm