Presiden Timor Leste Adakan Lawatan Rasmi Pertama Ke Indonesia

JAKARTA, 25 Jun – Presiden Timor Leste, Francisco Guterres akan mengadakan lawatan rasmi luar negara pertamanya dengan melawat Indonesia pada 28 Jun ini, lapor agensi berita Antara.

Kedatangan Guterres akan disambut Presiden Joko Widodo di Istana Presiden Bogor, Jawa Barat, di mana kedua-dua pemimpin bakal mengadakan perbincangan mengenai agenda memperkukuh hubungan dua hala.

Guterres, yang juga pengerusi Parti Fretilin, memenangi pilihan raya presiden pada Mac 2017 dengan menewaskan lapan calon lain dan meraih 57 peratus undi.

Beliau menggantikan presiden terdahulu, Taur Matan Ruak selepas gagal memenangi jawatan itu sebanyak dua kali sebelum ini.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top