Presiden Syria Bertemu Putin Di Sidang Kemuncak Sochi

DAMSYIK, 18 Mei – Presiden Syria Bashar al-Assad bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis semasa perasmian Sidang Kemuncak Sochi.

Perkara itu dilaporkan oleh agensi  berita China Xinhua memetik kenyataan pejabat media presiden Syria.

Menurut laporan  tersebut  Putin mengucapkan tahniah kepada Assad di atas “kejayaan besar” yang dicapai oleh tentera Syria dalam memerangi keganasan.

Pemimpin Rusia itu berkata kejayaan tersebut telah mewujudkan keadaan yang sesuai untuk menyambung semula proses politik di Syria.

Sementara itu, Assad berkata banyak perubahan positif telah berlaku kerana kawasan yang dikuasai sebuah kumpulan semakin mengecil.

Susulan perkembangan positif ini, beribu-ribu rakyat Syria telah kembali ke rumah masing-masing manakala berjuta-juta lagi dalam perjalanan pulang

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.