Presiden Myanmar U Htin Kyaw letak jawatan

YANGON, 22 Mac – Presiden Myanmar, U Htin Kyaw, telah meletak jawatan dan memberi alasan berbuat demikian untuk berehat, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan rasmi yang dikeluarkan Pejabat Presiden pada Rabu.

Jawatan presiden yang kosong itu perlu diisi dalam tempoh tujuh hari mengikut perlembagaan negara, kata Ketua Pengarah Pejabat Presiden, U Zaw Htay.

U Htin Kyaw, yang berusia 72 tahun, dipilih sebagai Presiden Myanmar pada 2016.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Pentadbir Laman Web

Pentadbir Laman Web IKIMfm