Presiden Mesir Arah Buka Sempadan Rafah Sepanjang Ramadan

KAHERAH, 18 Mei – Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi hari ini mengarahkan lintasan sempadan Rafah dengan Semenanjung Gaza dibuka sepanjang Ramadan, katanya di akaun rasmi Twitter.

Sempadan dengan wilayah Palestin itu biasanya ditutup tetapi dibuka pada waktu yang ditetapkan, menjadikan ia paling lama dibuka sepanjang tahun ini.

Kata al-Sisi di Twitter, pembukaan sempadan itu akan ‘mengurangkan beban saudara seagama di Gaza.’

Isnin lalu, tentera Israel membunuh berpuluh-puluh rakyat Palestin yang membantah di sempadan Gaza ketika Amerika Syarikat membuka kedutaannya di Baitulmaqdis, memindahkan misi diplomatiknya ke ke bandar suci di Israel dari Tel Aviv.

Kumpulan Hamas mengawal Gaza, tetapi tidak termasuk lintasan penting seperti Rafah dengan Mesir dan Erez dengan Israel. Ia menyerahkan kawalan sempadan berkenaan akhir tahun lalu kepada pesaingnya, Pihak Berkuasa Palestin yang berpangkalan di Tebing Barat, dalam perjanjian kesepakatan yang ditandatangani di Kaherah.

Sumber REUTERS

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.