Polis Perancis Buru Pemandu Rempuh Masjid

LILLE, 13 Ogos – Pihak Polis Perancis memburu seorang pemandu yang menggunakan keretanya untuk merempuh pintu hadapan Masjid Al Wifaq yang terletak  di pinggir bandar Lille yang terletak di utara negara Perancis.

Menurut sumber anggota keselamatan berkenaan tiada siapa cedera dalam kejadian yang berlaku kira-kira tengah malam itu.

Perancis kini dalam keadaan berjaga-jaga susulan gelombang serangan sebuah kumpulan sejak beberapa tahun lalu yang mengorbankan lebih 240 orang.

Dalam pada itu seorang pegawai di wilayah tempatan memaklumkan kejadian itu jelas bukan bermotifkan ‘perkauman.’

Sumber REUTERS

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top