Polis Afrika Selatan buru 3 lelaki serang masjid

VERULAM, 11 Mei – Polis Afrika Selatan memburu tiga lelaki yang menikam seorang mangsa di sebuah masjid di luar Durban berkata hari ini, motif penyerang tidak diketahui namun ‘elemen keganasan’ dikaitkan.

Tiga penyerang membunuh seorang mangsa, dilaporkan seorang imam dan mencederakan dua lain selepas solat Zuhur semalam di sebuah masjid di bandar ini, di pinggir bandar pelabuhan di timur.

Penyerang yang turut membaling bom petrol di luar masjid Syiah, melarikan diri menaiki kereta selepas serangan.

“Ada elemen keganasan kerana insiden berlaku di tempat ibadat dan cara ia dilakukan. Ia menunjukkan kebencian terhadap penganutnya,” kata jurucakap unit polis Hawk, Simphiwe Mhlongo kepada AFP.

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my