MAU'IZATI

"MAU'IZAH" membawa maksud pelajaran atau nasihat. Ia berdasarkan kitab Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, Ibn Qayyim dan ramai para ulama lain yang membicarakan berhubung persiapan dalam menghadapi kematian dan penghidupan di alam seterusnya. Bagaimana keadaan roh selepas kematian, kehidupan di Alam Barzakh. Begitu juga tanda-tanda akhir kiamat dan hari kebangkitan. Dikendalikan oleh pendakwah bebas tanahair yang terkenal Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani. Program ini merupakan rancangan yang menduduki kedudukan teratas dalam program-program terbitan IKIMfm. Diterbitkan oleh Dj Syafiq Salleh

Mau’izati