PM lancarkan ekspedisi rentas Kutub Selatan

PUTRAJAYA, 7 Julai: Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Ekspedisi Kelab Ekplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) bagi misi merentas Kutub Selatan ‘All The Way’ 2015.

Menerusi misi itu, atlet sukan lasak duathlon dan triathlon negara Shahrom Abdullah, 36, bakal menjadi rakyat Malaysia yang pertama menjelajah Kutub Selatan dengan jarak sejauh 1,000 kilometer.

Perdana Menteri berkata, Shahrom dijangka memulakan ekspedisi dari Messner Inlet dan berakhir ke titik kosong darjah Kutub Selatan.

“Sebagai seorang yang pernah menjelajah Kutub Selatan saya dapat bayangkan bagaimana keadaannya walaupun laluan saya tidak sehebat (laluan yang bakal dilalui) Shahrom.

“Saya harap Shahrom dapat menjalani latihan secukupnya kerana berjalan selama dua bulan atas pulau berais bukan perkara yang mudah.

“Saya juga mahu lebih ramai rakyat negara ini termasuk wanita menyertai ekspedisi ekstrim yang belum pernah dilakukan orang lain,” katanya.

Misi itu dijadual bermula 17 November depan, dan ekspedisi menggunakan ski dan menarik kereta luncur salji itu dijangka mengambil masa antara 50 hingga 60 hari.

92total visits,2visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm