PM lancar Yayasan Tabung Haji

KUALA LUMPUR 26 JULY 2016. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (dua,kanan) bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (dua,kiri), Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah (kiri) menunjukkan barang yang akan diberikan kepada jemaah haji pada pelancaran Yayasan TH, Penghargaan Sahabat Korporat dan Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan TH di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. NSTP/ABDULLAH YUSOF

PETALING JAYA, 26 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melancarkan Yayasan Tabung Haji (TH) di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, di sini, sebentar tadi.

TH berkata, penubuhan yayasan itu sejajar dengan saranan Perdana Menteri supaya syarikat swasta, badan korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berperanan lebih aktif dalam pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

Katanya, penubuhan Yayasan TH bertujuan meningkatkan aspek pendidikan dan memberi bantuan ketika bencana alam atau musibah kepada mereka yang memerlukan.

“Fokus utama adalah untuk meningkatkan pembangunan modal insan dan menggalakkan kajian dalam bidang pendidikan Islam, perbankan Islam serta perundangan syariah, selain mentadbir dana yang diperuntukkan secara lebih sistematik,” kata TH menerusi kenyataan pada majlis pelancaran Yayasan TH, hari ini.

Yang turut hadir, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir; Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah. Katanya, yayasan itu akan ditadbir secara berasingan oleh Lembaga Pemegang Amanahnya tersendiri.

Bagi fasa pertama, TH memperuntukkan RM5 juta untuk aktiviti pendidikan yang akan dilaksanakan yayasan. Pada majlis sama, TH menghargai 33 rakan strategik yang menjadi Sahabat Korporat TH. Program Sahabat Korporat tahun ini memperoleh sumbangan keseluruhan RM7.4 juta dalam pelbagai bentuk barangan keperluan jemaah haji, termasuk sumbangan wang tunai. Lembaga Zakat Selangor, Anugerah International Sdn Bhd dan Maybank Islamic Bhd adalah tiga penyumbang terbesar program Sahabat Korporat TH musim haji ini.

Sumber – BERITA HARIAN

111total visits,3visits today

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my

One thought on “PM lancar Yayasan Tabung Haji

  • July 26, 2016 at 10:44 pm
    Permalink

    semuga yayasan ini dapat membantu mereka yang memerlukan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm