PM Jordan Janji Mulakan Dialog Berkaitan Rang Undang-Undang Cukai Pendapatan

AMMAN, 7 Jun – Kerajaan Jordan telah berjanji untuk memulakan satu dialog komprehensif dengan semua pihak yang terlibat berhubung undang-undang cukai pendapatan ketika bantahan terhadap rang undang-undang itu berterusan, lapor agensi berita China Xinhua.

Perdana Menteri Omar Razzaz berkata bahawa beliau akan bekerjasama dengan semua pihak untuk menggubal satu undang-undang percukaian yang adil untuk semua dan berharap ia dapat membantu memastikan pembangunan serta memberikan gambaran yang positif kepada rakyat Jordan.

Sumber rasmi memaklumkan Xinhua pada Rabu bahawa Razzaz akan mengadakan pertemuan dengan anggota parlimen dan wakil persatuan profesional.

Mereka telah bersumpah untuk meneruskan bantahan meskipun selepas Razzaz dilantik menggantikan Hani Mulki sebagai perdana menteri.

Pada lewat Rabu, beribu-ribu rakyat Jordan berhimpun berhampiran ibu pejabat perdana menteri untuk hari yang ketujuh bagi membantah undang-undang itu dan polisi ekonomi kerajaan.

Penunjuk perasaan berkata mereka akan meneruskan bantahan sehingga undang-undang itu ditarik balik, dan menuntut satu perubahan dari segi polisi dan bukan individu.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.