PM Jepun Lawat Zon Bencana

KUMANO, Jepun , 11 Julai – Perdana Menteri, Shinzo Abe melawat kawasan dilanda banjir di Jepun semalam ketika angka korban bencana terburuk dalam tempoh 36 tahun itu mencecah 176 orang, manakala kebimbangan mengenai kesihatan meningkat berikutan cuaca panas dan ancaman banjir baharu.

Hujan lebat mencetuskan banjir dan tanah runtuh di barat Jepun pada minggu lalu serta membawa kemusnahan terutamanya di kawasan kejiranan yang dibina di lereng-lereng curam sejak beberapa dekad lalu.

Selepas meninjau kerosakan dari sebuah helikopter di Okayama yang merupakan salah satu kawasan paling teruk terjejas, Abe melawat sebuah pusat pemindahan yang penuh sesak. Beliau duduk di lantai untuk bercakap dengan orang ramai, sebahagian besarnya warga tua dan bertanya tentang keadaan kesihatan mereka.

Terdahulu, kerajaan pimpinan beliau  menjanjikan peruntukan awal berjumlah AS$4 bilion  dollar  untuk membaiki kerosakan yang berlaku dan bajet khas jika diperlukan kelak.

Sumber REUTERS

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.