PM Bakal Putuskan Siapa Pegang Jawatan Dalam Kabinet Baharu

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2018 – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan memutuskan siapa yang bakal memegang jawatan bagi setiap kementerian dalam pentadbiran baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya beliau berkata, sehingga kini 10 nama dari PKR dan tiga dari Parti Amanah Negara (AMANAH) sudah diterima bagi dipertimbangkan untuk jawatan menteri Kabinet.

Selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-7 pada Khamis lalu, Dr Mahathir menamakan Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri serta tiga menteri Kabinet, iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (Menteri Kewangan); Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri) dan Muhammad Sabu  (Menteri Pertahanan).

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.