Pikul Tanggungjawab Dengan Jujur, Ikhlas, Titah Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU, 16 Mei – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar  mengingatkan barisan kepimpinan Exco  kerajaan negeri Johor yang dilantik supaya memikul amanah serta tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas demi kepentingan rakyat.

Baginda bertitah barisan Exco perlu sedar bahawa jawatan yang disandang bukan untuk mencari kemewahan atau memperkayakan ahli-ahli parti, sebaliknya perlu menjalankan perkhidmatan dengan penuh integriti, dedikasi, adil dan saksama.

Baginda  turut mengeaskan  bahawa  janji-janji yang ditaburkan pada pilihan raya umum lalu perlu ditunaikan di samping memastikan pentadbiran yang telus.

Baginda  bertitah demikian pada Majlis Istiadat Pengisytiharan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor di Dewan Singgahsana, Istana Besar, di Johor Bahru

Titah baginda itu turut dimuat naik dalam  laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.