Petugas Tabung Haji Siap Sedia

Laporan Haji bagi musim 1435H pada tahun ini dimulakan dengan seramai 25 petugas media Tabung Haji telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA pada awal pagi 20 Ogos lalu.

Dengan mengekalkan moto BERSAMA SANTUNI DHUYUFURAHMAN, sejumlah 22,320 jemaah haji terpilih menunaikan ibadah haji bagi musim ini.

Petugas media disambut oleh Konsul Haji Tuan Haji Redhuan Sabaruddin di Wisma Tabung Haji, mengalu-alukan kehadiran petugas dan memaklumkan operasi Haji akan bermula pada 27 Ogos ini.

80 peratus persiapan bagi menyambut jemaah haji telah disempurnakan dan petugas haji termasuk pasukan perubatan, pasukan kebajikan, teknologi maklumat, pembimbing ibadah bersiap sedia berada di Madinah.

Seramai 11 ribu jemaah dijangka masuk ke Madinah terlebih dahulu sebelum mengerjakan ibadah umrah di Mekah Al-Mukaramah.

Dalam pada itu, setiap tahun seramai 14 orang petugas Teknologi Maklumat Tabung Haji ditugaskan bagi menyelia dan menyelenggara operasi bagi kemudahan jemaah haji termasuk pengeluaran wang simpanan di kaunter serta menyelaras data-data maklumat jemaah melalui sistem IT yang diselaraskan.

Pengarah Operasi IT Tabung Haji, Tuan Haji Zulkarnain Asnawi berkata,

Sementara itu, Pengurus Ibadah Haji Madinah, Tuan Haji Mohd Razali Zakaria berkata, Masjid Al-Ijabah dan Masjid Jumuah merupakan dua tempat baharu yang akan dikunjungi oleh jemaah haji bagi musim kali ini selain ziarah dalam yang meliputi kawasan Masjid Nabawi dan Baqi’ dan ziarah luar yang merangkumi kawasan Syuhada’ Uhud, ladang kurma, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, dan Masjid Tujuh.

Kongsi artikel ini di:

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my