Perkahwinan Bawah Umur, SOP Baharu Ditetapkan Untuk Semua Negeri

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Satu garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) akan dikeluarkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam masa terdekat sebagai panduan kepada hakim sebelum membenarkan perkahwinan bawah umur diteruskan.

Timbalan menteri di Jabatan perdana menteri Yang Berhormat  Fuziah Salleh berkata, SOP berkenaan akan digunapakai di semua mahkamah syariah meliputi semua negeri di Malaysia di bawah bidang kuasa Enakmen undang-undang Keluarga Islam negeri.

Menurut beliau penetapan SOP tersebut adalah bagi memperketatkan lagi kelulusan perkahwinan bawah umur dan dalam masa yang sama bagi memastikan kemaslahatan serta kebajikan kanak-kanak terpelihara.

Beliau  memberitahu demikian sebagai mengulas kontroversi perkahwinan kanak-kanak perempuan warga Thailand berusia 11 tahun dengan seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun yang tular di  laman media social.

Media tempatan baru-baru ini melaporkan  bahawa lelaki berkenaan dikenakan hukuman denda RM900 Bagi tuduhan berkahwin tanpa kebenaran mengikut Seksyen 19 Enakmen keluarga Islam negeri.

Dalam pada itu Yang Berhormat Fuziah turut menyarankan peruntukan undang-undang yang lebih ketat diperkenalkan bagi mencegah perkahwinan bawah umur agar tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.