Perkahwinan Bawah Umur Di Selangor Perlu Dapat Kebenaran Hakim Syarie

SHAH ALAM, 10 Julai – Perkahwinan melibatkan bawah umur di Selangor hanya boleh dilaksanakan sekiranya mendapat kelulusan dan kebenaran bertulis daripada hakim syarie di negeri ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata Selangor telah menetapkan umur minimum perkahwinan bagi lelaki adalah 18 tahun manakala perempuan 16 tahun.

Beliau turut  berkata ibu, bapa atau penjaga beragama Islam yang berhasrat melangsungkan perkahwinan anak-anak di bawah had umur juga dinasihat memastikan anak mereka bersedia dari segi fizikal dan mental.

Jelas beliau  dalam keadaan tertentu, mahkamah akan mengarahkan kanak-kanak tersebut menjalani pemeriksaan perubatan dikendalikan pegawai perubatan dan laporan perlu dikemukakan kepada mahkamah sebelum kebenaran berkahwin diberikan.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.