‘Perhati, Lihat’ Sebelum Membeli, ‘Lihat, Hidu, Rasa’ Sebelum Makan

ALOR SETAR, 17 Mei – Orang ramai dinasihatkan mengamalkan konsep ‘Perhati dan Lihat’ sebelum membeli, manakala selepas membeli untuk berbuka pula perlu ‘Lihat, Hidu dan Rasa’ bagi mengelak keracunan makanan.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, bagaimanapun pegawai serta kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan melaksanakan pemantauan berterusan bagi memastikan makanan dan minuman yang dijual di bazar Ramadan di seluruh negeri ini bersih serta selamat.

Beliau juga  berkata langkah menerusi Operasi Ramadan 2018 itu berlangsung sepanjang Ramadan ini selain pemeriksaan di premis pembekal bahan mentah seperti ayam, daging, ikan dan barangan runcit yang telah pun dijalankan sejak dua minggu sebelum ini.

Tambah beliau aktiviti pihaknya sepanjang bulan ini meliputi pemeriksaan premis dan pensampelan makanan di bazar Ramadan dengan tindakan penguatkuasaan akan  diambil sekiranya keputusan analisa sampel makanan itu tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.