Perdana Menteri, Bersama Anggota Kabinet Anjur Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pada 1 Syawal

PUTRAJAYA, 11 Jun – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama anggota Kabinet akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kompleks Seri Perdana di  Putrajaya  pada Hari Raya pertama Aidilfitri bersamaan 1 Syawal 1439H.

Unit Komunikasi Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, majlis terbuka yang bermula daripada pukul 10 pagi sehingga 4.30 petang itu dijangka dihadiri lebih 50,000 pengunjung.

“Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut dengan memakai pakaian yang bersesuaian

Menurut kenyataan itu lagi, perkhidmatan bas percuma disediakan dari tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra ke Kompleks Seri Perdana untuk kemudahan orang ramai ke rumah terbuka tersebut.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.