Perbankan atas talian dan Mesin Juruwang Automatik Beroperasi seperti biasa

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) ingin menyatakan bahawa mesej yang sedang menular di media sosial berkaitan serangan siber ransomware dan dakwaan bahawa Mesin Juruwang Automatik (ATM) di seluruh negara akan ditutup selama dua hingga tiga hari berikutan serangan siber tersebut adalah tidak benar. Semua saluran perbankan elektronik termasuk perbankan atas talian dan ATM di bawah seliaan institusi ahli AIBIM adalah terkawal dari serangan siber “ransomware” dan beroperasi seperti biasa.

Kami juga ingin menegaskan bahawa institusi ahli AIBIM mengambil serius isu sekuriti siber dan sentiasa berhati-hati dalam menguruskan risiko yang berkaitan untuk memastikan pemantauan dan kawalan yang bersesuaian mengikut amalan terbaik tidak dikompromi.

AIBIM menasihatkan orang ramai agar tidak membuka apa-apa pautan yang mencurigakan semasa melakukan transaksi perbankan atas talian untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan , sila hubungi AIBIM di 03-20268002/3.

Tentang AIBIM

Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia ( AIBIM ) telah ditubuhkan pada tahun 1996. Pada masa ini, AIBIM mempunyai keahlian seramai 24 bank anggota. Organisasi ini menggalakkan sistem perbankan Islam yang kukuh di Malaysia; mewakili kepentingan ahli di dalam dan di luar negara; memberikan nasihat dan bantuan kepada para ahli dalam pembangunan perbankan dan kewangan Islam di peringkat tempatan, serantau dan global; menyelaras inisiatif pembangunan modal insan, serta meningkatkan kesedaran awam.

Sumber Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM)

142total visits,1visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm