Perancis Buka Semula Siasatan MH370

PARIS, 9 Ogos – Polis Perancis akan membuka semula siasatan terhadap kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas laporan akhir setebal 400 muka surat oleh Malaysia gagal merungkai misteri kehilangannya, di tengah dakwaan fakta sebenar disembunyikan.

Menurut sebuah  akhbar Perancis, agensi itu berhasrat ‘mengesahkan kebenaran dan kesahihan semua data teknikal yang dihantar.

Setakat ini, tiada negara lain menjalankan siasatan terhadap kehilangan pesawat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang termasuk empat rakyat Perancis.

Dalam pada itu, sehingga kini, tiada pengumuman rasmi siasatan daripada kerajaan Perancis.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.