Peperiksaan UPKK : Wilayah Persekutuan Catat Keputusan Terbaik

KUALA LUMPUR, 21 Januari –  Seramai 8,139 murid mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2015 yang terdiri daripada 5, 117 calon dari Sekolah Rendah Agama (SRA) dan 3,022 calon dari kelas KAFA.

Pada satu sidang media ketika mengumumkan keputusan peperiksaan UPKK di Kuala Lumpur, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya berkata Wilayah Persekutuan mencatatkan pencapaian terbaik bagi tempoh tiga tahun berturut-turut kerana berada dalam senarai 3 teratas bagi kedudukan negeri terbaik mengikut Gred Purata Negeri (GPN).

Selain itu, menurut beliau untuk pencapaian 8A terbaik, Wilayah Persekutuan juga berjaya menggondol tempat kedua terbaik keseluruhan peratusan 29.99 peratus dengan peningkatan sebanyak 6,32 peratus  berbanding sebelumnya.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.