Penyelarasan Lebih Baik Semua Agensi Urus Kehilangan Upaya

KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat kaki palsu yang dipakai oleh Juruteknik Teh Lin Prosthetic & Orthopaedic Co Sdn Bhd, Mohd Khairy Abdul Rahman ketika melawat pameran pada majlis perasmian Forum Antarabangsa Pengurusan Hilang Upaya (IFDM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem (belakang), Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (dua, kanan) dan Pengurus Besar Teh Lin Prosthetic & Orthopaedic Co Sdn Bhd, Kevin Lee (kanan). --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR 22 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu semua agensi mengadakan usaha penyelarasan lebih baik bagi meningkatkan kualiti pengurusan kehilangan upaya untuk golongan pekerja yang menghadapi masalah itu di negara ini.

Ahmad Zahid berkata, walaupun Malaysia sudah mempunyai jaringan keselamatan yang luas dan komprehensif yang disediakan pelbagai agensi dan pertubuhan, semua kemudahan untuk keperluan mereka yang kurang upaya perlu diselaraskan.

“Mungkin apa yang diperlukan ialah sebuah jendela tunggal perkhidmatan yang menghubungkan semua kemudahan yang ada,” katanya semasa berucap merasmikan forum antarabangsa mengenai Pengurusan Kehilangan Upaya 2016 di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Kira-kira 1,500 delegasi dari Eropah, Australia, Amerika Syarikat, Afrika dan Asia nmenghadiri forum tiga hari yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ahmad Zahid berkata, beliau menugaskan Perkeso yang telah mencapai kejayaan membanggakan dalam pengurusan kehilangan upaya sejak 10 tahun lepas untuk menerajui dan memudahkan pelbagai agensi dan kementerian.

Sumber – BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my