Pengusaha Makanan Digesa Patuhi Aspek Keselamatan Makanan

sayur-356x310

KANGAR, 28 Jun – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa pengusaha dan peniaga makanan di bazar Ramadan, pasar sehari dan pasar malam mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan makanan.

Baginda bertitah para peniaga juga bertanggungjawab memastikan kualiti makanan dan minuman yang dijual tidak tercemar dengan mementingkan kebersihan makanan dan premis mereka.

“Saya mahu peniaga menggunakan air yang telah dimasak bagi menyediakan minuman manakala ais hendaklah dari kilang ais berlesen yang disyorkan kerana dijamin kebersihannya.

Peniaga juga hendaklah membasuh bahan mentah menggunakan air bersih supaya juadah yang disediakan berkualiti dan selamat dimakan,” titah baginda selepas meninjau bazar Ramadan Persiaran Wawasan di sini, semalam.

Mengiringi baginda dalam tinjauan itu ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis Dr Zaini Hussin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Khairin Nazry Karim dan Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Wari Kiew.

Kongsi artikel ini di:

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my