Penggiat Dalam Industri Kewangan Mesti Tingkatakan Tahap Etika

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Penggiat dalam industri kewangan mesti meningkatkan standard etika masing-masing dalam usaha kerajaan mengubah negara menjadi lebih telus dan bertanggungjawab.

Menurut Pengerusi Lembaga Profesional Perkhidmatan Kewangan (FSPB), Tan Sri Mohd Munir Abdul Majid walaupun ramai yang menyokong usaha kerajaan baharu ini, penggiat industri mesti memainkan peranan mereka bagi memastikan pembaharuan berlaku secara menyeluruh.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas melancarkan Kod Profesional FSPB bagi industri perkhidmatan kewangan, di ibu negara.

Dalam pada itu, ujar Tan Sri Mohd  Munir Kod Profesional itu akan membantu menanam piawaian kelakuan, meningkatkan keyakinan dan menggalakkan kemampanan dalam seluruh  sektor dengan mempromosikan budaya profesionalisme yang kuat.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.